Dec 20

Tips shopping barang berjenama/branded murah dari UK

Anda berminat membeli barang berjenama/branded seperti Dr Martens, Clarks, Timberland, Portmeirion, Nike, Tefal? Ramai yang berminat tetapi harganya agak mahal di shopping outlet di Malaysia. Tetapi ada caranya untuk membeli dengan lebih murah iaitu membeli dari Kedai Online yang beroperasi dari UK dan berkepakaran membekal kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia seperti Barang Menarik UK

clarks-outlet

Bagaimana pula harga yang dijual tu lebih murah? Jawapannya kerana di UK ada banyak Factory Oulet yang menjual dengan harga yang lebih murah dari pasaran.

cheshire_oaks_shop_540

Ada juga yang bertanya, “Saya pernah bercuti ke UK dan pergi sendiri ke Factory Outlet tetapi macamana pula harga Kedai Online lebih murah? Macam tak logik je”. Jawapannya Outlet di UK ni selalu ada sales di masa-masa tertentu dengan harga tak masuk akal. Di sinilah Kedai Online berperanan kerana mereka tahu bila ada sales yang betul-betul ummphh! Tambah pula mereka akan consider cara shipping ke Malaysia dengan kos seminima mungkin.

timberlandoutlet

“Kata murah tapi kenapa model yang saya nak ni mahal pula?” Jawapannya tak semua model ada sales gila-gila sepanjang masa. Kedai Online biasanya tahu model mana yang biasa ada sales yang bagus dan popular untuk pelanggan di Malaysia.

nikefactorystore  dmstore

Jadi kalau nak shopping barang berjenama/branded yang murah dan menarik dari UK sila lawati website http://barangmenarikuk.com dan hubungi kami jika ada pertanyaan lanjut.

Jika ada pelanggan yang berminat untuk membeli sendiri melalui Amazon UK atau Ebay UK tetapi tiada servis penghantaran ke Malaysia, kami boleh membantu dengan menyediakan alamat UK dan penghantaran ke Malaysia. Sila klik link berikut http://barangmenarikuk.com/index.php/affiliates/

Tips shopping barang berjenama/branded murah dari UK: Beli semasa Black Friday, Christmas, Boxing Day ūüôā

Tips membeli melalui Amazon: Jadi ahli Amazon Prime dan dapat banyak kelebihan. Antaranya 1 day FREE UK delivery dan FREE movies. 30 days FREE trial!

Klik gambar di bawah!

Jul 14

Sejarah kasut Dr Martens. History of Dr Martens shoes

Sejarah kasut Dr Martens bermula di zaman Perang Dunia Ke 2 di mana seorang doktor tentera Jerman, Dr Klaus Martens yang sedang bercuti di Pergunungan Alps cedera di kaki ketika bermain ski. Semasa tempoh pemulihan timbul idea beliau untuk merekacipta boot lebih selesa , yang diubahsuai dari boot tentera dengan menggunakan kulit yang lebih lembut dan tapak air cushion.

Di tahun 1947, Dr Klaus Martens bertemu rakan lamanya Dr Herbert Funck di Munich. Funck tertarik dengan kasut ciptaan Dr Martens dan bersama memasarkan perniagaan kasut Dr Martens di Jerman. di sebabkan jualan yang menggalakkan, pada tahun 1952 mereka membuka kilang di Munich. 7 tahun kemudian mereka mengembangkan perniagaan ke tahap  global apabila mendapat usahasama dari syarikat R.Griggs Group Ltd dari England yang telah membeli paten rekaan tersebut. Mereka menjadikan kasut tersebut lebih menarik antaranya dengan jahitan kuning dan trademark Air Wair.

Maka terhasillah secara rasminya kasut Dr Martens yang pertama di kilang di Northamptonshire pada 1 April 1960. Kilang ini masih wujud hingga ke hari ini. Model pertama yang dikeluarkan adalah model 1460 iaitu high cut 8 lubang. Replika dari model asal ini masih dikeluarkan hari ini di satu-satunya kilang Air Wair Dr Martens di Northampton, England dengan nama Vintage 1460.2015-10-22 16.11.29Pada mulanya kasut DM banyak digunakan golongan pekerja seperti pekerja kilang dan posmen atas ketahanan dan kesesuaian tapaknya untuk berjalan. Tetapi pada tahun 1970an komuniti Skinhead yang anti-establishment di England mula menggunakan Dr Martens sebagai trademark mereka. Pada tahun 1980an pemakaian kasut Dr Martens mula popular di kalangan artis, pemuzik, punk dan subculture. Pada tahun 1990an ia telah menjadi ikon fesyen dan berkembang ke seluruh dunia dan digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat seiring dengan pengeluaran model-model baru Dr Martens.

Pada tahun 2003 di atas masalah kewangan yang menyaksikan syarikat pengeluar DM hampir muflis, pengeluaran Dr Martens berpindah ke kilang di Asia iaitu Thailand, China dan Vietnam. Pada tahun 2007 pengeluaran di England di buka kembali di kilang Air Wair Dr Martens di¬†Northampton dan mengeluarkan DM eksklusif “Made In England” dan masih beroperasi sehingga hari ini.

Antara kasut yang dikeluarkan kilang di England:

http://barangmenarikuk.com/index.php/products-page/mie/

DrMartens2DrMartens14DrMartens16

Dr Martens juga dikenali di kalangan peminat-peminatnya sebagai DM, Doc Mart, Doc Martens, the Docs. Jika dikaji rekacipta asal Dr Martens ini adalah untuk keselesaan dan ketahanan. Jadi tidak perlulah kita mengikut budaya-budaya negatif yang sesetengahnya disinonimkan dengan jenama Dr Martens ini.

Wallahualam.

 

 

 

 

Apr 18

Bagaimana nak kenal Dr Martens yang tulen/original/genuine bukan tiruan/fake

 

Di antara persoalan yang selalu berlegar di kalangan peminat Dr Martens adalah macamana nak tahu Dr Martens ni original atau tiruan ye. Ori atau fake!

Agak sukar juga untuk membandingkan memandangkan DM mengeluarkan beratus-ratus model yang lain dari segi features masing-masing. Di sini saya cuba buat satu perbandingan dengan mengambil contoh¬†antara model yang ‘fofular’ iaitu model Made in England Vintage 1461 dengan model 1461 yang dikeluarkan dari kilang di Asia iaitu Thailand, China dan Vietnam. Semuanya adalah DM yang tulen/original/genuine bukan yang tiruan/fake

 

DR MARTENS MADE IN ENGLAND VINTAGE 1461

vintageoxb2

Jarak jahitan tidak sama

vintageoxb3

Tapak gelap dan stamp ‘MADE IN ENGLAND’. Print emas pada insole.

vintageoxb4

Print saiz pada lidah

11707481_845671245482436_5106790076267931916_n

Klik pada gambar untuk lihat lebih banyak angle

11252682_845671502149077_6558677330086902986_n

Kotak kasut

11214031_845671545482406_2617811778580122772_n

Contoh : Product code adalah 12877001

 

 

 

 

 

 

 

DR MARTENS MADE IN CHINA 1461

10639604_923426431040250_4330883793330119973_n

Jarak jahitan sama. Warna merah lebih gelap .

873_923426517706908_1057237934584533370_n

Insole

10308106_923426551040238_1854740997301403196_n

Print saiz dalam kotak pada sisi dalam kasut

1458641_923426634373563_7282965265757972771_n

Tapak lebih cerah

 

 

 

 

 

252209_923426707706889_7378085467250183892_n

Kotak berwarna light brown

PERBEZAAN TAPAK DR MARTENS MADE IN CHINA 1461

MIC 1461 (Lebih cerah kekuningan)

1375165_923426614373565_4785814374670312846_n

MIC 1461 (Last 59)

  • TAPAK – Satu ciri yg menonjol pada DM Vintage MIE adalah tapaknya yang gelap berbanding DM buatan Asia dan corak tulang pada tapaknya seperti dalam gambar. Hanya ada stamp ‘MADE IN ENGLAND’ tanpa stamp ‘The ORIGINAL’. DM buatan Asia ada beberapa jenis tapak sebenarnya, kerana walaupun modelnya adalah 1461, tetapi product codenya berbeza yang mana featuresnya juga ada perbezaan, contohnya seperti dalam gambar.
  • JAHITAN – Selain itu, jahitan kuning pada tapak DM Vintage MIE tidak sama jarak kerana buatan England menggunakan tangan, tidak 100% mesin seperti buatan Asia.
  • INSOLE – Tidak ada lapisan tambahan pada insole DM Vintage MIE, dan print Air Wair Dr Martens berwarna emas terus pada insole.
  • LIDAH – Print saiz DM Vintage MIE adalah terus pada lidah kasut manakala bagi DM buatan Asia di dalam ruangan berbentuk kotak samada pada lidah atau pada sisi dalam kasut.
  • KULIT – Kulit yang digunakan untuk pembuatan DM Vintage MIE adalah dari Quilon leather. Ia dapat di lihat dengan mata kasar lebih tebal dari DM buatan Asia, jadi agak keras bagi pemakai semasa mula-mula menggunakannya. Namun apabila proses break in telah berlaku, ia amat selesa kerana bentuk kasut akan mengikut kaki pemakainya dan tahan lama pula. Ye lah tengok aje tebalnya macamana kan!
  • KOTAK – Kotak kasut DM Vintage MIE adalah berwarna maroon sementara DM buatan Asia berwarna light brown seperti kotak yang biasa kita lihat. Sticker pada kotak kasut ada menyatakan kod informasi model kasut tersebut. Jadi kalau kurang yakin, boleh¬†ambil product code¬†yang tertera pada sticker¬†dan bandingkan dengan website rasmi Dr Martens di www.drmartens.com
  • WARNA – Kod warna merah pada DM Vintage MIE adalah Oxblood sementara pada DM buatan Asia adalah Cherry Red, yang mana warnanya¬†lebih gelap seperti buah Cherry.

 

Walaubagaimanapun tak semua Dr Martens Made in England mempunyai ciri-ciri  seperti di atas. Ia bergantung kepada model kasut tersebut juga. Untuk melihat contoh-contoh Dr Martens original yang lain, anda boleh layari http://barangmenarikuk.com/

Ada masa nanti saya kongsikan di blog yang seterusnya pula, InsyaAllah.